Rahasia Bahagia Dengan Pasangan Hidup Anda

18 Jan 2012

pasangan-hidup

pasangan-hidup

Setiap pasangan pasti inginkan keluarga ayng harmonis dan bahagia dalam rumah tangga yang dibinanya. Persepahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sebuah rumahtangga.

Berbagai masalah pasti akan datang, tetapi bagaimana kita menyelesaikan masalah hidup tersebut dengan baik tanpa timbulnya kebencian yang ktia miliki dan setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif.

Berikut ini beberapa rahasia sukses bahagia terhadap pasangan yang Anda cintai:

  1. Ciuman
    Mulailah setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.
  2. Cincin perkawinan
    Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.
  3. Makan malam atau bercuti
    Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.
  4. Lakukan Perubahan setiap saat
    Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fisik maupun mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibu, bapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.
  5. Adab
    Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.
  6. Lemah-lembutterhadpa pasangan Anda
    Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.
  7. Hadiah
    Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, valentine, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.
  8. Senyum
    Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.
  9. Sentuhan
    Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.
  10. Impian
    Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.Anda pasti ingin dihargai dan menghargai.

    Selamat mencoba tips-tips ini, semoga anda akan memperoleh rumah tangga yang harmonis dan bahagia. Semoga bermanfaat


TAGS tips bahagia keluarga bahagia pasangan hidup tips bahagia dengan pasangan keluarga


-

Author

Follow Me

Search

Recent Post